Monday, August 23, 2010

Home » » Ariel Peter Pan Mungkin Beraya di Penjara

Ariel Peter Pan Mungkin Beraya di Penjara




TIDAK pernah dibayangkan oleh Nazril Irham atau Ariel untuk merayakan Aidilfitri di sebalik jeriji besi. Namun begitu dengan tempoh lanjutan 30 hari keatasnya, Ariel kemungkinan besar akan beraya di penjara.

Bagaimanapun, seperti dipetik DetikHot.com, pihak polis Indonesia memberitahu bahawa mereka belum memutuskan secara rasminya nasib Ariel pada hari raya nanti, namun kemungkinan besar dia akan terus ditahan bagi siasatan.

Jika penyanyi Mungkin Nanti ini terus ditahan, dia akan merayakan Aidilfitri bersama tahanan yang lain dan menurut sumber daripada pihak polis Indonesia seperti tahun sebelumnya, tiada sebarang acara sambutan yang dilakukan di sana.

Selain itu, tiada keistimewaan yang diberikan pada hari tersebut, waktu kunjungan juga yang diberikan juga seperti hari-hari biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update