Monday, November 15, 2010

Home » » Apa Yang Lelaki Impikan Dari Wanita

Apa Yang Lelaki Impikan Dari Wanita

Tahukah anda lelaki juga mengimpikan sesuatu dari wanita. Mereka biasanya sukakan sesuatu yang tersirat yang hanya dapat melalui perasaan dan perbuatan.

Kebahagiaan

    Mereka mengharapkan isteri dapat memberikan kebahagian dalam hidup mereka. Layanan dan tanggungjawab isteri yang ikhlas akan memberi satu nikmat bahagia bagi suami


    Kejujuran

      Perkara yang sangat penting dalam kehidupan berumahtangga. Ke mana sahaja anda pergi, dengan siapa dan kenapa, isteri haruslah memberitahu suami supaya tidak timbul salah faham . begitu juga si suami.

      Kasih Sayang

      Isteri haruslah menunjukkan sayang melalui perbuatan. Bukan sekadar luahan rasa sayang sahaja. Contohnya sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan suami. Tanggungjawab terhadap suami adalah tanggungjawab anda. Jangan sesekali menyerahkan kepada orang lain.


      Kelahiran

      Anak adalah hadiah paling berharga untuk suami. Semua lelaki menginginkan rumahtangga yang dihuni oleh isteri dan anak - anak  Ini akan membuatkan  mereka lebih menyayangi anda.

      Kewangan

      Zaman sekarang kos hidup semakin tinggi, sokongan isteri memang amat diperlukan dalam mengurus hal rumahtangga. Isteri mestilah ikhlas dalam menguruskan hal rumahtangga.

      Kompromi

      Tolak ansur amatlah perlu dalam rumah tangga.. Semasa bertelagah, sikap saling berkompromi memang diperlukan

      Kepercayaan

      Ia adalah aspek yang paling penting dalam rumahtangga untuk kekal bahagia. Perhubungan tidak akan kekal jika sudah tiada lagi kepercayan. Oleh itu janganlah cepat membuat andaian dalam sesuatu masalah.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Friend Update