Sunday, November 7, 2010

Home » » Toyota Sienna Swagger Wagon Supreme

Toyota Sienna Swagger Wagon Supreme



Toyota Sienna Swagger Wagon Supreme


Toyota Sienna Swagger Wagon Supreme telah dilancarkan pada acara SEMA Show 2010 di Las Vegas, AS, yang direka untuk membangkitkan image positif minivan yang seringkali dikaitkan hanya digunakan oleh wanita. "Minivan yang sudah berubah ini menolak image negatif bahawa memandu minivan hanya akan mengorbankan gaya peribadi dan menyokong fungsi untuk keluarga," kata pegawai Toyota dalam pernyataannya.

Toyota dan Syarikat B.A.D. bekerja sama untuk melebarkan lagi minivan SE V6 2011 hampir 1,2 meter, lalu atapnya ditambah dengan akrilik custom, velg chrome 20-inci dan sistem suspensi airbag yang berkisar 2,5-6,5 inci. Tambahan eksterior yang lain termasuk spoiler belakang custom, pintu gelangsar, knalpot krom custom dan dengan cat "Blue Swagger Opal."

Minivan ini juga direka dengan warna menyenangkan Crayola terang untuk anak-anak, tetapi untuk orang dewasa ditambah kerusi Spa yang dilengkapi dengan unit Urut multifungsi. Ada juga sebuah peti ais kaca yang terintegrasi dan DuPont Corian.

Hiburan dalam minivan ini merangkumi sistem game Xbox 360, sistem audio JBL custom dan komputer 23-inci HP TouchSmart. Pihak Toyota juga mengatakan bahawa komuniti Facebook telah banyak membantu dalam memberikan idea-idea minivan ini termasuk untuk memilih namanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update