Belum pun reda kontroversi kemenangannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25, nama Ana Raffali sekali lagi dikaitkan dengan masalah disiplin apabila dikatakan sering lewat dan sombong.
Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ketika dihubungi Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu ternyata berang kerana menganggap ada pihak mahu menabur pasir ke dalam periuk nasinya.
“Saya tidak faham kenapa ada pihak mudah percaya apabila ada pihak lain menyampaikan tentang saya kononnya mempunyai masalah disiplin dan sombong, sedangkan mereka tidak ada bukti kukuh.
“Saya akui perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya. Mereka tidak ada bukti dan sesuka hati menuduh saya. Bagi saya, orang yang tidak mengenali saya dan bercerita mengenai keburukan saya adalah orang yang berhati busuk.
“Saya bukan bergerak sendiri, saya mempunyai syarikat pengurusan dan mereka yang menguruskan jadual saya. Tetapi, kenapa apabila masalah ini timbul, mereka harus menunding jari kepada artis, sedangkan saya cuma mengikut apa yang pihak pengurusan tetapkan dan mereka yang membawa saya ke tempat persembahan, sesi fotografi serta sebagainya,” katanya.
Anak kelahiran Johor itu berkata, jika benar dia terlewat, perkara itu bukan disengajakan dan dia akan segera memohon maaf serta bukannya berlagak sombong seperti didakwa.
“Saya akui pernah terlewat, tetapi semua itu berlaku kerana kesesakan lalu-lintas, tetapi tidak lewat sampai 2 hingga 3 jam. Bila sampai saya akan segera memohon maaf,” katanya.
Walaupun kecewa dengan fitnah itu Ana berkata, dia tidak pernah kesal bergelar anak seni dan akan lebih berhati-hati selepas ini apabila berurusan dengan pihak tertentu.
“Niat Ana masuk industri seni ini untuk membantu keluarga dan memperjuangkan muzik. Ana tidak pernah menyesal dan menjadikan semua ini sebagai pengajaran.
“Cuma nasihat Ana pada orang yang berhati busuk itu, sebelum menyebarkan fitnah, fikirkan yang Ana ada keluarga dan apa perasaan mereka apabila membaca berita negatif ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Friday, January 21, 2011
Home »
Gosip Artis
»
Ana Raffali dikatakan sering lewat dan sombong
Ana Raffali dikatakan sering lewat dan sombong
Ana Raffali dikatakan sering lewat dan sombong
2011-01-21T22:25:00+08:00
alissa
Gosip Artis|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)