Wednesday, February 6, 2013

Home » 10 ciri yang dicari lelaki

10 ciri yang dicari lelaki



Setiap jejaka punya cita rasa tersendiri sama ada semasa mencari temanita, isteri atau wanita. Berikut disenaraikan 10 ciri yang diburu kaum lelaki tanpa mengikut urutan khusus.

1. Keyakinan

Lelaki suka pada wanita yang yakin pada penampilan diri, percaya pada kemampuan sendiri dan tidak kerap menuntut pengesahan pasangan. Memang lelaki berasa seronok jika wanita bersandar kepadanya untuk sokongan di saat dirinya berasa tidak
selamat. Namun, jika asyik melekat, ia begitu merimaskan!

2. Humor
Wanita yang suka ketawa dan bersenda adalah yang dapat membantu lelaki meredakan tekanan. Malah, lelaki mahukan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri. Jika wanita terlalu serius dan kerap berpandangan negatif pada setiap yang berlaku dalam kehidupan, ia mudah membosankan lelaki. Suntiklah keceriaan dalam hidup Cik Abang dan ia bakal menambat hati si dia.

3. Penampilan
Ia tidak dapat disangkal dan merupakan ciri penting di awal perkenalan. Lelaki menyukai wanita yang bijak mengurus dan mendandani diri serta sentiasa menjaga kebersihan. Seseorang wanita itu mungkin agak kurang cantik, namun, jika perkara di atas diambil perhatian, lelaki boleh tetap berasa wujudnya tarikan ciri-ciri kewanitaan.

4. Berdikari
Wanita yang berdikari mudah menarik perhatian kebanyakan lelaki kerana ia petanda wanita itu memiliki kehidupan tersendiri.
Kaum lelaki senang jika wanita itu memiliki kumpulan teman sendiri daripada sekadar bergantung kepada dirinya seorang. Hakikatnya, lelaki juga mahukan ruang peribadi.

5. Memahami
Lelaki mahukan wanita yang memahami dan bukan asyik merungut. Cubalah menerima lelaki itu seadanya dan buatlah perubahan kecil jika perlu, sukai apa yang dia suka dan juga sebaliknya. Mereka mencari wanita yang boleh menghargai dan menjadi penyokong, bukan wanita yang terusterusan meleteri setiap perbuatannya.

6. Jujur & setia
Tiada sesiapa yang mahukan pasangan yang tidak jujur. Lelaki juga mahukan jaminan serupa. Mereka mahukan seorang wanita yang dapat dijadikan tempat beliau bersandar harapan serta sentiasa berada di sisinya. Lihat sahaja jumlah perpisahan dan perceraian
akibat tiadanya kesetiaan di antara pasangan. Maka itu, bukanlah satu kejutan ciri-ciri ini amat penting dan menjadi buruan kaum lelaki.

7. Matang
Berbual umpama si anak kecil kadangkala membuat wanita tampak comel. Namun, kebanyakan lelaki mahukan wanita yang matang dengan inti perbualan yang masuk di akal. Perbualan normal itu tidak termasuk topik yang melibatkan pakaian dan juga soal solekan. Wanita harus mengetengahkan topik yang menarik tanpa bertindak keterlaluan.

8. Mudah mesra
Dalam soal menjalin hubungan serius, ramai lelaki mahu mencari gadis bak jiran di sebelah rumah atau cakap mudahnya, seseorang yang boleh diperkenalkan kepada keluarganya. Mereka mahukan wanita yang mudah mesra, seronok ketika bersama, tidak peduli jika solekannya mula comot, santai dan mudah berasa gembira.

9. Penyayang
Wanita yang menunjukkan keprihatinan diburu kaum lelaki. Contohnya, memasak untuknya, menyeterika pakaiannya, bertanya sama ada beliau sudah makan atau ciuman apabila dirinya suram. Apabila wanita memberikan perhatian seumpama ini disulami perkara-perkara kecil lain, di samping memberikan lelaki ruang peribadi, wanita sebegini pasti mampu menambat hatinya.

10. Menyokong
Jika hubungan jangka panjang merupakan sesuatu yang difi kirkannya, lelaki bakal mencari wanita yang dapat memberikan dirinya sokongan. Lelaki dalam usia 20-an tahun yang sedang bergelut dengan kerjaya, memerlukan wanita sebagai pendengar tanpa memperkecil-kecilkan dirinya. yang dicari lelaki



sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update