Monday, March 8, 2010
Home »
Cerita
»
ku korek lubuk silam( kisah rumah padi dan aku)
macam mana nak story panjang2 kisah hidup yang amat mendukakan..
hehe kerana dek kenangan hati yang dah terluka hari ini aku akhirnya mampu tersenyum..
dulu...(15 taun yang lampau) akulah anak dan akulah ibu... bunyi macam pelik tapi memang betul..
tanggung jawab yang dah lama aku pegang menggantikan tempat seorang ibu.. hidup, xpayah nak cakap la.. daif gila. cuba korang bayangkan sebuah rumah padi yang usang kat tepi bendang, begitulah yang boleh aku gambarkan tempat aku sekeluarga berteduh.
rumah yang terlalu usang itulah yang mengajar aku erti ketabahan. aku nak suruh korang pejam mata seketika membayangkan keadaan aku bersama seorang lelaki tua yang kupanggil abah dan 2 orang budak perempuan manja yang umor baru setahun jagung tidur kat bawah payung besar (yang orang buat niaga) bila hari hujan...
hehe..masa tu aku tak tau erti susah pon malah aku seronok bila dapat bersama-sama adik2ku bermain kat bawah payung besar tu.. hehe..
rumah padi tu jugak selalu membuatkan aku dan adik2ku berdarah mana taknye...lantai terlalu reput! entah berapa kali aku terjelepuk kat lantai buruk tu.. xtau macam mana untuk aku jelaskanyang penting korang perlu tau rumah yang kupanggil istana tue begitu dah sebati dengan aku..
tangga istana aku cantik malah masih utuh sampai kini entah dibuat dari kayu ape pun aku tak tau. kat tengah -tengah rumah padi buruk tu ada satu tiang yang besarnye sepermeluk aku.. kat pengkal tiang tu dah reput dimakan anai-anai tapi aku dah cantikkan tiang tu dengan menampal gambar-gambar artis kesayanganku iaitu amy mastura.. mula-mula abah memberontak, marah giler orang tua tu kat aku tapi biasalah aku ni kreatif sikit bab-bab kelentong....hehe..
ada satu bilik kat hujung rumah padi buruk tu tapi xguna punya bilik, xde pintu pon... kat bilik tulah tempat untuk aku berangan time-time free.. kalo korang nak tau kat dinding bilik buruk aku tue, macam-macam gambar kartun telah aku lukis dan tampal.. sekali lagi orang tua tue mangamuk sakan... hehe tapi kejap je... aku buat tak tau je..
korang perlu tau satu benda, benda yang paling susah untuk aku semasa di rumah padi adalah untuk memasak.. dapur arang memang menyusahkan aku. mana nak kena potong kayu api, mana nak nyalakan api..huh penat gila bila time nak masak. paling senang tanak nasi greng telur cicah je ngan kicap..fuh..best giler! masakan kegemaran adik aku!!! awal taun ni, bila aku balik ke kg, saje nak lalu kat rumah padi ni aku tengok tuan rumah dah nak robohkan rumah ni.. sedih betul hati aku mana taknye kat situ aku dah dapat segala-galanye... dulu, sewa rumah padi tu 30 ringgit je tapi kadang-kadang tuan rumah mcm xsampai hati nak ambik duit sewa.. berbading rumah besar sekarang (abah masih menyewa) x ckup bulan pun tuan rumah dah jalan-jalan mintak sewa... mmmmmm..banyak betul pengalaman aku antara aku dan rumah padi tue...sampai hari nie, aku masih rindu kat rumah padi buruk yang dah nak dirobohkan tue...

2010-03-08T13:23:00+08:00
alissa
Cerita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)