Friday, March 5, 2010

Home » » lelaki???bikin perempuan pening

lelaki???bikin perempuan pening


selamat pagi... hari ini seharusnya menjadi hari yang paling bermakna dalam hidup kita... sejarah dulu atau kisah duka lama seharusnya menjadi suatu yang amat bernilai untuk kita pelajari...
bagaimana dengan lelaki di sekeliling anda hari ini???
sehingga hari ini, saya masih tertanya-tanya kenapa lelaki terlau sukar dimengertikan. kadang-kadang apa yang tak pernah terlintas di fikiran kita ada difikiran dia. saya akui kebanyakan lelaki terlalu istimewa dengan idea-idea malah perancangan kaum lelaki biasanya tidak pernah mengecewakan. namun, apabila kita sentuh dengan soal hati...saya dapat rasakan lelaki terlalu kompleks dan terlalu sukar untuk difahami. kenapa ye...? kerana sehingga hari ini, secara jujurnya saya mengakui saya sendiri tak pernah betul-betul memahami kerenah kaum lelaki di sekeliling saya.. adakala, benda yang terlalu simple malah saya anggap terlalu remeh bagi kaum perempuan, namun boleh menjadi sesuatu yang besar dan sebesar-besarnya bagi lelaki..
Memang tak masuk akal betul...
adakah kerana perempuan kurang peka dengan sesuatu keadaan atau lelaki terlampau sensitif dengan situasi-situasi yang remeh..(yang hanya melibatkan perempuan).
Entahlah, saya masih bingung memikirkannya..
Sebaliknya, jika berlaku sesuatu keadaan yang menjerat kaum adam ni..boleh pulak diorang buat tak tau malah tak heran langsung dengan kata-kata kita.. malah dijadikan alasan pulak nak kenakan kita. Buntu betul...
Kepada sesiapa yang tau, apakah sebenarnya yang lelaki mahukan dalam diri kita... jom kongsi pendapat.. bantulah saya untuk mengenali lelaki-lelaki dalam hidup saya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update