Sunday, March 28, 2010

Home » » Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah






Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada
beberapa cara
bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji
Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan
hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum
tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan
menenangkan minda..

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. B erma 'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan
lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku,
cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan
perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti
halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) ..

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar
orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang
melanda pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai
mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai
walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri
kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita
terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah.
Insya'allah .
Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.
Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".




P\S:
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci, Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah, Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa), Sabar Terhadap
Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update