RAHSIA ANGKA 10
10 jenis solat yang tidak diterima Allah
10 jenis golongan termasuk kafir
10 jenis kecelaan meminum arak
10 jenis ganjaran kerana memuliakan Zulhijjah
10 jenis doa yang ditolak oleh Allah
10 jenis Kelebihan menghubungkan silaturrahim
10 SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH
SABDA RASULULLAH SAW " SESIAPA YANG SOLATNYA ITU TIDAK DAPAT MENGHALANGNYA DARI
MENGERJAKAN PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR MAKA SESUNGGUHNYA SOLAT ITU HANYALAH
MENAMBAHKAN KEMURKAAN ALLAH KEPADANYA DAN IA SEMAKIN JAUH DARI ALLAH"
SABDA BAGINDA LAGI " SESIAPA YANG MEMELIHARA SOLATNYA MAKA SOLAT ITU AKAN
MENJADI CAHAYA PETUNJUK DAN JALAN SELAMAT BAGINYA TETAPI BAGI SESIAPA YANG TIDAK
MEMELIHARA SOLATNYA MAKA SOLAT ITU TIDAK AKAN MEMBERI CAHAYA, PETUNJUK DAN JALAN
SELAMAT UNTUKNYA."
10 GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA OLEH ALLAH IAITU:
Orang lelaki yang solat sendirian dengan tidak membawa (memakai) sesuatu
Orang lelaki yang menunaikan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum di belakang membencinya
Orang lelaki (hamba) yang melarikan diri dari tuannya
Orang lelaki yang meminum arak dan tidak mahu meninggalkannya (bertaubat)
Orang perempuan yang suaminya masih marah kepadanya
Orang perempuan yang menunaikan solat tanpa memakai tudung
Orang lelaki yang menjadi imam atau pemimpin tetapi berlagak sombong, zalim
serta suka menganiaya
Orang yang memakan riba
Orang yang solatnya tidak boleh menahannya dari melakukan perbuatan keji dan
mungkar
10 GOLONGAN TERMASUK KAFIR
SABDA RASULULLAH SAW, "ADA 10 JENIS GOLONGAN MANUSIA DARI UMATKU INI YANG MANA
MEREKA TELAH TERMASUK DALAM GOLONGAN KAFIR TERHADAP ALLAH SEDANGKAN MEREKA MASIH
MENGIRA BAHAWA MEREKA MASIH BERIMAN. MEREKA IALAH...
MEMBUNUH TANPA JALAN HAK (BATIL)
TUKANG SIHIR
SUAMI YANG TIDAK MERASA CEMBURU TERHADAP ISTERINYA (DAYUS)
ORANG YANG MENAHAN DIRINYA DARI MENGELUARKAN ZAKAT
ORANG YANG MEMINUM ARAK
ORANG YANG TELAH CUKUP SYARAT UNTUKNYA MENUNAIKAN HAJI TETAPI MASIH MAHU
MENANGGUHKANNYA LAGI
ORANG YANG SUKA MEMBUAT FITNAH
ORANG YANG MENJUAL SENJATA KEPADA MUSUHNYA (BELOT)
ORANG YANG BERSETUBUH DENGAN ISTERINYA MELALUI DUBUR
ORANG YANG MENIKAHI PEREMPUAN YANG MENJADI MUHRIM KEPADANYA (ADA HUBUNGAN
KEKELUARGAAN)
10 KECELAAN PEMINUM ARAK
IMAM ABU LAITS TELAH MEMPERINGATKAN TENTANG 10 KECELAAN AKIBAT DARI MEMINUM ARAK
IAITU...
PEMINUM ARAK AKAN MENJADI SEPERTI ORANG GILA KERANA AKALNYA TIDAK BERFUNGSI
DENGAN BAIK DAN TERCELA PADA PANDANGAN ORANG WARAS
MEMINUM ARAK ADALAH PERBUATAN MEMBAZIR KERANA MEMBELI SESUATU YANG TIDAK
MEMBAWA MANFAAT MALAH MENDATANGKAN MUDHARAT
BOLEH MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN PERSENGKETAAN
MENJADIKAN PEMINUMNYA LALAI DARI MENGERJAKAN SOLAT DAN MENGINGATI ALLAH
BOLEH MENJERUMUSKAN SESEORANG ITU KE LEMBAH PERZINAAN SERTA BERLAKUNYA
KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
ARAK ADALAH KUNCI PADA SEGALA KEJAHATAN, BILA AKAL SUDAH TIDAK WARAS MAKA
PEMINUMNYA AKAN MELAKUKAN APA SAJA SEPERTI MEROMPAK, MEROGOL, MEMBUNUH DAN
SEBAGAINYA
MEMINUM ARAK MENYEBABKAN MALAIKAT MENJAUHKAN DIRINYA DARI KITA MAKA
BAGAIMANAKAH NASIB KITA BILA RAHMAT ALLAH SEMAKIN JAUH
PEMINUM ARAK AKAN DIJATUHI HUKUMAN ROTAN SEBANYAK 80 SEBATAN, JIKA TERLEPAS DI
DUNIA MAKA DI AKHIRAT KELAK IA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI
SELAMA 40 HARI AMAL KEBAJIKANNYA TIDAK AKAN DIANGKAT OLEH MALAIKAT KEPADA
ALLAH
DIKHUATIRKAN IA AKAN MATI DALAM KEADAAN KAFIR SEBELUM SEMPAT BERTAUBAT
10 GANJARAN MEMULIAKAN ZULHIJJAH
BERKATA SEBAHAGIAN ULAMAK, "SESIAPA YANG MEMULIAKAN HARI-HARI YANG BERLALU DALAM
BULAN ZULHIJJAH NESCAYA IA AKAN DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH DENGAN 10 JENIS
KEISTIMEWAAN IAITU...
BERKAT PADA UMURNYA
BERTAMBAH REZEKINYA
KEHIDUPAN RUMAH TANGGANYA AKAN TERJAMIN
DAPAT MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA SERTA KESALAHAN YANG LEPAS
AMAL IBADAT SERTA KEBAJIKAN AKAN DIGANDAKAN
ALLAH AKAN MEMUDAHKANNYA PADA SAAT SAKARATUL MAUT
ALLAH AKAN MENERANGI KUBURNYA SELAMA IA BERADA DI ALAM BARZAKH
ALLAH AKAN MEMBERATKAN TIMBANGAN AMAL KEBAJIKANNYA BILA BERADA DI MAHSYAR
SELAMAT DARI KEJATUHAN KEDUDUKANNYA DI DUNIA
MARTABATNYA AKAN DINAIKKAN PADA SISI ALLAH
10 JENIS DOA YANG DI TOLAK OLEH ALLAH
BERKATA IBRAHIM BIN ADHAM, "WAHAI PENDUDUK BASRAH! HATI KAMU SEMUA TELAH MATI
KERANA DITUTUPI OLEH 10 PERKARA, OLEH SEBAB ITULAH DOA KAMU TIDAK DIPERKENANKAN
ALLAH. KETAHUILAH 10 PERKARA ITU IALAH ...
KAMU SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH TETAPI KAMU TIDAK PERNAH MENUNAIKAN
HAK-HAKNYA.
KAMU SEMUA MEMBACA ALQURAN TETAPI TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR DAN
PENGAJARAN DARIPADA ISI KANDUNGANNYA
KAMU SEMUA MENGAKU MENCINTAI RASULULLAH S.A.W. TETAPI SEBALIKNYA KAMU TELAH
MENINGGALKAN SUNNAHNYA.
KAMU SEMUA MENGAKU BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KETAT KAMU TETAPI MASIH ADA
DIANTARA KAMU YANG MENGIKUTI JEJAK LANGKAHNYA
KAMU SEMUA TERLALU MENGHARAPKAN SYURGA TETAPI TIDAK PERNAH MELAKUKAN
AMALAN-AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMU KE SYURGA
KAMU SEMUA MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN TERSELAMAT DARI NERAKA JAHANAM TETAPI
DIANTARA KAMU MASIH ADA YANG MELAKUKAN AMALAN-AMALAN AHLI NERAKA
KAMU SEMUA JUGA MENGAKU BAHAWA KEMATIAN ITU ADALAH PERKARA BENAR TETAPI
SEDIKITPUN KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA.
KAMU SEMUA SENTIASA MENCARI KEBURUKAN DAN KECELAAN SAUDARA-SAUDARA KAMU TETAPI
KAMU TIDAK PERNAH CUBA MENCARI KECELAAN DIRI KAMU SENDIRI
KAMU SEMUA TELAH MERASAI BEGITU BANYAK SEKALI NIKMAT PEMBERIAN DARI ALLAH
S.W.T. TETAPI TIDAK PERNAH SEKALIPUN KAMU MAHU BERSYUKUR KEPADANYA.
KAMU SEMUA TELAH MENGUSUNGKAN JENAZAH KE PERKUBURAN LALU MENGKEBUMIKANNYA
TETAPI KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA ITU.
10 KELEBIHAN MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM
MENDAPAT KEREDAAN ALLAH KERANA ALLAH AMAT SUKA KEPADA ORANG YANG MENGHUBUNGKAN
TALI SILATURRAHIM DEMIKIAN JUGA DENGAN PENDUDUK LANGIT DAN BUMI
MENGEMBIRAKAN PARA MALAIKAT KERANA MEREKA AMAT SUKA KEPADA ORANG YANG
MENHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM
DAPAT MENAMBAHKAN PAHALA AMALNYA SETELAH IA MENINGGAL KELAK
DAPAT MENAMBAH DAN MENIMBULKAN RASA KASIH SAYANG DALAM PERGAULAN SEHARIAN
MENAMBAH KEBERKATAN PADA REZEKINYA
ALLAH AKAN MELANJUTKAN USIANYA
MENJADIKAN IBLIS BERTAMBAH GELISAH DAN SAKIT HATINYA
AKAN DISEGANI DAN DIHORMATI OLEH MASYARAKAT YANG BERADA DI SEKELILINGNYA
DAPAT MENGGEMBIRAKAN JENAZAH YANG BERADA DI ALAM BARZAKH KERANA MEREKA AMAT
MENYUKAI KEPADA SILATURRAHIM
DAPAT MENCETUSKAN KEGEMBIRAAN PADA KEDUA BELAH PIHAK, TIADA AMALAN YANG LEBIH
AFDAL MELAINKAN MENGGEMBIRAKAN HATI ORANG YANG BERIMAN.