Sunday, April 4, 2010

Home » » platipus

platipus


platipus ialah sejenis haiwan yang unik.ia salah satu daripada tiga jenis mamalia, ia dikenali sebagai monotremes dan bertelur. ia mempunyai muncung yang panjang seperti paruh itik, tetapi tidak keras.Muncungnya lembut dan dilitupi kulit yang liat. muncungnya bertindak sebagai organ sensitif yang mengesan haiwan lain ketika berada di dalam air.
panjang platipus dewasa lebih kurang 60 cm. ia mempunyai ekor seperti memerang. beratnya lebih kurang 2 kg.

keseluruhan badannya dilitupi bulu yang lembut yang kalis air. ia boleh menyelam dan berenang dalam air dengan kaki renang hadapan bertindak sebagai pendayung, dan kaki belakang berfungsi sebagai pemecut. platipus makan makanan seperti udang krai,cacing,siput, katak dan haiwan-haiwan kecil yang lain.

platipus biasanya berlindung di dalam lubang sepanjang hari. pada waktu malam barulah ia keluar mencari makanan.platipus betina bertelur di dalam lubang khas,iaitu pada musim bunga.biasanya ia boleh bertelur 2-3 biji pada satu masa. anak platipus yang baru lahir akan menyusu susu ibu mereka. platipus terdapat di australia dan tasmania.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update