Saturday, November 6, 2010

Home » » Ariel Peterpan vokalis band banduan

Ariel Peterpan vokalis band banduan


JAKARTA: Walaupun masih ditahan dalam penjara, vokalis Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, masih dapat melepaskan keinginannya menyanyi. Dia sering dipilih menjadi penyanyi Waru Band, kumpulan muzik yang dibentuk banduan di Rumah Tahanan Kebonwaru, sejak 2008.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela Ariel, Afrian Bondjol, ketika ditemui wartawan selepas berjumpa Ariel di pusat tahanan itu semalam.
“Ariel suka menjalani latihan di studio tahanan dengan Waru Band,” kata Afrian. Menurutnya, bekas vokalis itu menyukai hobi barunya itu kerana dapat melepaskan gian bermain muzik.

“Keadaan Ariel lebih baik di sini berikutan sering tertekan berada di dalam penjara. Kini ada saluran untuk melakukan perkara disukainya, maka dia kurang tertekan,” katanya. – Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update