Friday, November 12, 2010

Home » Dua pelajar UiTM maut dalam kemalangan di Alor Setar

Dua pelajar UiTM maut dalam kemalangan di Alor Setar

ALOR SETAR - Dua pelajar semester pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar dua batang pokok di Km47.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Alor Setar Utara di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Produa Viva bersama dua lagi rakan mereka.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah Syazwan Azizan, 19, dan Azrul Hadi Azizan, 18, manakala Mohd Aiman Ismail, 18, cedera parah dan pemandu kereta, Faris Abdul Ghani, 18, mengalami cedera ringan, katanya di sini, hari ini.

"Pemandu kereta tersebut memaklumkan bahawa dia ternampak sesuatu melintas di jalan menyebabkan dia menekan brek secara mengejut menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar dua batang pokok.

"Keempat-empat mangsa tercampak keluar dari kereta dan semasa kejadian hujan turun renyai-renyai," katanya.

Sepupu Syazwan, Nurul Aimah Norizan, 27, berkata beliau diberitahu bahawa Syazwan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama rakan-rakannya selepas menghantar barang-barang Azrul di rumah kakaknya.

"Saya tidak pasti pukul berapa mereka bertolak dari Pulau Pinang, tetapi saya diberitahu bahawa mereka singgah di hentian Gurun untuk menunaikan solat Subuh," katanya yang ditemui di unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update