Saturday, November 13, 2010

Home » » kanak-kanak dan suami isteri ditetak

kanak-kanak dan suami isteri ditetak

KUANTAN: Seorang kanak-kanak tiga tahun dan sepasang suami isteri cedera
ditetak dengan sebilah pedang samurai oleh seorang lelaki di rumah pangsa
Alor Akar, dekat sini pagi tadi.

Anas Safian Effa Rizal cedera parah di kepala, kaki dan tangan, manakala
pengasuhnya, Suzziana Mohd Hopiah, 24, cedera di kepala dan bahu akibat
ditetak dan suami Suzziana, Mohd Taufik Abdul Razak, 36, cedera di lengan
kiri dan belakang dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata,
polis mengenal pasti suspek berusia 30an itu dan sedang mengesannya.

"Kanak-kanak itu dilaporkan stabil, ibu jari tangan kirinya hampir putus dan
kaki kirinya patah, manakala Mohd Taufik dilaporkan stabil," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.

Mohd Jasmani berkata, siasatan awal mendapati kes itu berkaitan dengan
perempuan.

Suzziana ketika ditemui di rumahnya berkata bahawa pada 9.30 pagi tadi, dia
bersama Anas Safian sedang tidur di dalam bilik apabila terdengar bunyi kecoh
di bahagian tetamu rumah dan apabila menyiasat, melihat suaminya diserang dan
ditetak oleh lelaki itu.

"Suami saya kemudian menguncikan dirinya di bilik sebelah tetapi lelaki itu
menedang pintu bilik saya dan kemudian menetak dengan pedang. Saya hanya
mampu memeluk Anas Safian," katanya.

Katanya, lelaki itu kemudian melarikan diri.
Suzziana berkata bahawa pada Rabu lalu, lelaki itu datang dan menggeledah
rumahnya.

"Dia mendakwa adik lelaki saya menyembunyikan isterinya di sini," katanya.


-Bernama

harian metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update