Friday, March 4, 2011

Home » » FAKTOR DAN PENYUMBANG GANGSTERISMA DI SEKOLAH

FAKTOR DAN PENYUMBANG GANGSTERISMA DI SEKOLAH

Faktor pelajar terjerumus :-


1. Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat disekolah atau diluar sekolah

2. Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").

3. Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.

4. Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.





Langkah Pencegahan :-


1. Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.

2. Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.

3. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.

4. Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.

5. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan keatas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.

6. Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.

7. Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakat dan lain-lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update