keadaan kereta Loius Saha |
LONDON - Penyerang kelab bola sepak Everton, Loius Saha terselamat dalam kemalangan jalan raya kelmarin apabila kereta Ferrari 458 berharga 170,000 pound (RM714,369) yang dipandunya terbabas sehingga merempuh pagar kayu di Wilmslow, Cheshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
tempat Loius Saha terbabas |
Bintang bola sepak berusia 32 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan mewah tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian pemandu.
Kereta sport itu dipandu sebelah kiri.
Jika ia dipandu sebelah kanan, Saha kemugkinan terbunuh kerana kerosakan terus itu terdapat di bahagian kanan.
Pemain yang berasal dari Perancis itu difahamkan kelihatan terkejut dengan insiden tersebut sebelum dia kembali tenang selang beberapa minit kemudian.
Seorang saksi yang juga pemandu kereta, Anna Weatherley, 26, berkata, Saha memotong dua buah kenderaan termasuk keretanya sebelum kemalangan tersebut berlaku. - Agensi