Tuesday, September 13, 2011

Home » » Beri biru mampu kurang berat badan

Beri biru mampu kurang berat badan



AUSTIN - Kajian mendapati beri biru mampu mengurangkan jumlah sel lemak dalam badan sehingga tiga perempat dan mencegah daripada pembentukan lemak baru, sekali gus membuatkan buah ini senjata terkuat berpotensi menentang obesiti.

Beri biru, yang juga membantu dalam mencegah penyakit jantung dan diabetes tahap dua, mengandungi tahap tinggi polifenol, sejenis bahan kimia yang kaya dengan manfaat kesihatan.

Kajian mendedahkan polifenol yang diuji ke atas seekor tikus makmal gemuk, dapat mengurangkan jumlah sel lemak dalam badannya sehingga 73 peratus untuk dos besar manakala 27 peratus lagi untuk dos kecil.

Penyelidik dari Universiti Wanita Texas, Amerika Syarikat, Shiwani Moghe mendakwa penemuan itu mungkin menjanjikan keputusan yang menakjubkan.

"Kami masih perlu menguji dos ini ke atas manusia untuk memastikan tidak terdapat sebarang kesan sampingan dan untuk melihat jika dos itu benar-benar berkesan." katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update