Golongan mempelai memang digalakkan agar membuat persediaan sebagai persiapan menjalin hubungan intim dengan pasangan sebelum ke jinjang pelamin.
Saya pasti anda telah mengikuti kursus rumah tangga dan telah memperolehi serba sedikit ilmu mengenai tanggungjawab sebagai suami isteri.
Di samping cara menangani perbalahan dalam melayari rumah tangga, kursus sebegitu biasanya turut menerapkan kaedah pergaulan antara suami isteri.
Mungkin anda juga perlu meluaskan minda dengan mendapatkan maklumat tambahan tentang cara gaya dalam menjalin hubungan intim.
Sebagai permulaan, anda perlu mengetahui alat kelamin anda sendiri, apakah bahagiannya dan fungsinya. Begitu juga dengan pasangan anda.Kemudian ketahui cara untuk saling bekerjasama dengan pasangan dalam menjalin hubungan seksual itu. Maklumat sebegini banyak terdapat dalam buku panduan perkahwinan.
Malah, anda juga boleh mendapatkan gambaran dalam bentuk ilustrasi melalui Internet jika anda menggunakan mesin pencari, Google atau Yahoo.
Terdapat juga pendekatan bercorak keislaman. Pastikan anda dan pasangan selesa dengan cara dan teknik itu.
Saya cadangkan anda membaca buku, Wanitam Isteri dan Rahsia Seksual keluaran syarikat Telaga Biru atau buku, Cinta. Perkahwinan dan Kesihatan Seksual keluaran Educare System. Terdapat juga maklumat dalam bentuk cakera padat dengan tajuk yang sama.
Terdapat sebuah lagi buku panduan keluaran Telaga Biru khusus untuk pasangan mempelai yang bertajuk, Adab Malam Pengantin. Ia merupakan buku tulisan saya bersama Ustaz Dr Zahazan Mohamed. Semoga anda boleh memperolehi ilmu tambahan melaluinya, Insya Allah.
"Kemudian, ketahui cara untuk saling bekerjasama dengan pasangan dalam menjalin hubungan seksual itu."
Thursday, September 29, 2011
Home »
kekeluargaan
»
Persiapan Menjalin Hubungan Intim Sebelum Ke Jinjang Pelamin
Persiapan Menjalin Hubungan Intim Sebelum Ke Jinjang Pelamin
Persiapan Menjalin Hubungan Intim Sebelum Ke Jinjang Pelamin
2011-09-29T08:00:00+08:00
alissa
kekeluargaan|