Sistem ingatan manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ramai antara kita yng tertanya-tanya cara atau kaedah untuk meningkatkan memori seseorang. Namun, ramai yang tidak memahami atau kurang pendedahan tentang sifat semula jadi ingatan.
Ingatan jangka pendek adalah proses yang membolehkan maklumat diterima dan disimpan dalam tempoh yang singkat di antara 30 saat sehingga 24 jam. Ini berlaku kerana had muatan menyimpan maklumat adalah terhad. Sesetengah maklumat dalam sistem ingatan jangka pendek akan memasuki sistem ingatan jangka panjang dan diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang masih tersimpan di sistem ingatan jangka pendek akan padam / hilang begitu sahaja.
Ingatan jangka panjang bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Hakikatya, setiap maklumat yang tersimpan dalam sistem ini adalah kekal sehingga akhir hayat seseorang, tetapi bergantung kepada daya keupayaan seseorang itu untuk ’memanggil kembali’ (recall) maklumat tersebut daripada gudang ingatan.
Kelemahan untuk “memanggil kembali” maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang adalah sinonim dengan perkataan ‘LUPA’. Hipnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subjek ahli hipnotisme menunjukkan mereka mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan menceritakan apa yang telah mereka lalui pada hari tertentu. Ini menunjukkan bahawa ingatan jangka panjang adalah sesuatu yang kekal.
Orang genius dan mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan ‘memanggil kembali’ maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Jika ingin menjadi genius, potensi otak perlu dikuatkan dengan merangsang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah moden dan tradisional.
Keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui pelbagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang larang. Amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak. Tubuh badan yang sihat menjamin otak yang sihat dan cerdas. Pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual serta senaman menyumbang kepada kesihatan tubuh badan dan mempengaruhi kesihatan mental.

Nurul Aina Ibrahim Istar
Forum Air Malaysia
Forum Air Malaysia