Friday, April 2, 2010
Home »
Cerita
»
Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik.
“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat
kepada saya.
“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.
“Mengapa? Teruji sangatkah?”
“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita.
Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
“Kau menjaga pandangan?”
“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak
tahu.”
“Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.
“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi
entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”
“Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,”
pujuk saya untuk meredakannya.
“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami
sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi
ujian itu.”
Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.
“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allahlah isteri akan mengikut nanti,”
cadang saya.
“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”
“Amin.”
Saya termenung memikirkan ‘masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan
masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya
temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. “Apa guna, kita dah
tua.” “Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” “Dah tua buat cara tua.” Itulah
antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.
Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk
menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan
sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami)
tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus
memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.
“Tak berani poligami?”
Dia menggeleng kepala.
“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.
“Ramai…”
Memang saya lihat pada usia awal 40′an dia tambah segak dan bergaya.
“Habis kenapa?”
Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia
memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus
dan sunat.
“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau
tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi
kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”
” Kau sudah berterus terang dengannya?”
“Tentang apa tentang poligami?”
“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”
“Aku takut melukakannya.”
“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata
dengan nada sinis.
Dia faham maksud saya.
“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.
“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias
lebih cantik…”
“Lagi?”
“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita
yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda,
cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik,
atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama
saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua
(pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik
pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa… Lalu apa
salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati
suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?

“Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.
“Kita tak berhias?”
“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya
lagi.
“Salah bagaimana?”
“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan
isteri!”
“Dalam makna kata-kata kau tu…”
“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada
kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”
“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini
dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”
“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang
ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada
kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun
mungkin dia bukan isteri yang cantik.”
“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku
maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”
“Kasih ke kasihan?” saya menguji.
“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih,
bukan kasihan.”
Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita
telah tua.”
“Maksud kau?”
“Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan
hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”
” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia
terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa
jawabnya?”
Saya diam.
“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah
di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah
pecutan dalam ibadah menuju Allah.”
Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal
50′an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa
diredhai.
“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah
isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk
sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.
“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang
menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan
dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”
“Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik
selama-lamanya!”
Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini.
Seperti imam Safie …pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari
tongkat… Sayangnya, bukan ‘tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali!

2010-04-02T23:28:00+08:00
alissa
Cerita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)