Monday, November 8, 2010

Home » » Rita Rudaini Mungkin Failkan Tuntutan Nafkah Anak Dan Isteri

Rita Rudaini Mungkin Failkan Tuntutan Nafkah Anak Dan Isteri

8/11/10

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri terhadap suaminya yang didakwa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, berkata tuntutan itu akan dibuat selepas meneliti tuduhan daripada pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 23 tahun, yang menuntut Rita, 32 tahun kembali taat kepadanya serta memohon hak penjagaan kekal anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, yang berusia setahun tiga bulan.

Kata Datuk Mohd Zaidi, perkara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana Rita bersedia untuk berbincang dengan Mohd Aidil bagi menyelesaikan kes melibatkan rumah tangga mereka itu secara baik.

'Anak guam saya menimbangkan untuk mengemukakan tuntutan itu kepada Aidil selepas melihat tuduhan yang dikemukakan oleh Aidil melalui mahkamah sebelum ini adalah tidak berasas,' katanya yang ditukil mStar Online.

Pada 26 Oktober lalu, Mohd Aidil, yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan memfailkan permohonan sulh (perbincangan) di mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, termasuk menuntut hak penjagaan anak secara kekal (hadhanah).

Dalam laporan akhbar pada 28 Oktober lalu, Mohd Aidil menafikan membuat tuntutan berkenaan.

Beliau, sebaliknya berkata, kunjungannya ke mahkamah adalah bagi menangguhkan perintah tersebut, yang dibuat ketika mereka menghadapi masalah rumah tangga pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Sementara itu, Rita berkata beliau telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2 November lalu bersama peguamnya bagi mendapatkan notis tuntutan yang dikemukakan Mohd Aidil.

Notis itu turut menuntut Rita menghadiri majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember ini di mahkamah yang sama.

Menurut Rita, beliau terkejut selepas mendapati Mohd Aidil membuat sepuluh tuntutan, termasuklah memohon mendapatkan hak penjagaan kekal anak mereka serta memohon Rita kembali taat kepada suami.

Rita berpendapat jika Mohd Aidil membuat tuntutan sedemikian, ia bermakna suaminya itu sudah tidak menyayanginya lagi.

'Saya kena kuatkan semangat dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah selepas suami sanggup membuat tuntutan itu,' katanya yang sedang mengandung tiga bulan, anak kedua mereka.

Menurut Rita, tindakan itu amat memeranjatkan kerana hubungan mereka yang keruh sebelum ini sebenarnya telah kembali pulih dan beliau tertanya-tanya apakah motifnya membuat tuntutan sedemikian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update