Wednesday, January 26, 2011
Home »
Gosip Artis
»
Jason Mraz tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sejenis golongan gay tidak diluluskan.
JASON Mraz mengaku telah melamar kekasihnya, Tristan Prettyman untuk berkahwin. Bagaimanapun, mereka yang telah bertunang sebelum Krismas tahun lalu tidak akan berkahwin selagi cinta sejenis golongan gay tidak diberi hak untuk berkahwin seperti pasangan normal.
Hal itu diluahkan penyanyi yang cukup popular dengan lagu I'm Yours kepada Us Weekly.
Katanya: "Saya dan Tristan bersetuju untuk berkahwin dalam majlis yang akan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat dan komuniti kami. Tapi kami tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sejenis golongan gay tidak diluluskan.
"Selepas hak mereka (golongan gay) terbela, barulah kami akan berkahwin. Saya rasa membenarkan perkahwinan sejenis adalah satu langkah besar dalam undang-undang dalam memberi hak kepada individu itu."
Bagaimanapun Jason bukanlah satu-satunya artis yang menyokong hubungan sejenis ini. Sebaliknya artis Barat seperti Elton John yang sudah pun berkahwin dengan pasangan sejenisnya. David Furnish.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
mengarut je dorang nie..ish2..
Post a Comment