Thursday, January 27, 2011
Home »
Tip\petua
»
Membersihkan komputer dapat melanjutkan usia komputer
KOMPUTER menjadi panas dengan cepat apabila dihidupkan dan akan beransur ke suhu bilik dengan cepat apabila ia dimatikan.
Proses penghangatan dan pendinginan ini menarik kelembapan dalam komponen-komponen dalam komputer anda. Dan kelembapan ini mengumpulkan habuk.
Dan habuk yang dibiarkan boleh menebal dan apabila ia berkumpul sebegitu, habuk boleh menjejaskan sistem pendinginan komputer anda dan sekali gus memincangkan sistem anda.
Sebab itulah, beberapa pakar mencadangkan agar anda selalu membuka komputer anda dan membersihkan habuk yang terkumpul di celah-celah komponen dalamnya seperti kipas dan papan induk (motherboard).
Membersihkan komputer anda seperti ini mudah, tetapi ia boleh melanjutkan usia komputer anda.
Anda hanya perlu memastikan berikut semasa membersihkan komputer anda.
1) Pastikan komputer anda telah dimatikan
2) Jika ada gunakan sarung tangan statik yang boleh mengurangkan risiko komputer anda mengalami kerosakan apabila dibuka.
3) Buka sarung unit pemprosesan pusat (CPU) komputer anda. Gunkanan berus kecil yang lembut untuk menyapu habuk keluar daripada celah-celah kecil.
4) Jangan gunakan sebarang cecair.
5) Anda juga boleh mengulangi proses ini untuk papan kekunci, tetikus dan alat persisian komputer yang lain.
6) Satu cara yang baik untuk mengeluarkan habuk daripada papan kekunci atau komputer riba anda adalah dengan menggunakan alat hampagas yang khusus untuk membersihkan komputer. Alat seperti ini memadai untuk menyedut habuk tanpa merosakkan komponen komputer anda. -- Sumber: Internet

2011-01-27T16:00:00+08:00
alissa
Tip\petua|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)