Wednesday, February 23, 2011

Home » » Awas ! Cara baru curi kod pin ATM

Awas ! Cara baru curi kod pin ATM

JEDDAH: Seorang pegawai kanan bank memberi amaran kepada pelanggan supaya berhati-hati menggunakan mesin teler automatik (ATM) berikutan ada peralatan baru yang mampu mengesan nombor pin kad ATM mereka.

Mesin itu boleh membaca dan merekodkan nombor pin kad ATM dari jarak jauh, kata Setiausaha Agung Media dan Jawatankuasa Bank Saudi mengenai Kesedaran Urusan Bank, Talat Zaki Hafez.


“Taktiknya hampir sama. Selepas mendapatkan nombor pin pelanggan, pencuri akan merampas kad mereka apabila pelanggan keluar dari kaunter ATM dan melarikan diri. Pencuri kemudian menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang,” ujarnya. Talat memberitahu akhbar bisnes harian Al-Eqtisadiah bahawa Agensi Kewangan Arab Saudi (SAMA) sentiasa berhati-hati terhadap kes sedemikian. “SAMA sudah menggariskan peraturan mengenai pengeluaran kad ATM. Ia juga melancarkan kempen kesedaran mengenainya,” tambahnya. “Fasa pertama dan kedua kempen sudah tamat dan kini kempen fasa ketiga masih berjalan,” katanya.

Beliau menambah kempen seumpama itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tahap keselamatan penggunaan kad ATM. Talat berkata, terdapat gesaan supaya sistem kod pin ATM dibatalkan, sebaliknya memperkenalkan teknologi optikal untuk pengeluaran wang melalui ATM.


“Memang mudah untuk memalsukan sistem imbasan cap jari, justeru itu kaedah imbasan optikal lebih selamat,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update