Thursday, February 10, 2011

Home » » Buat panggilan bom palsu demi cinta

Buat panggilan bom palsu demi cinta

SANTIAGO - Seorang wanita didakwa kerana membuat panggilan bom palsu demi cinta untuk mengelak teman lelakinya bekerja di luar negara.

Penguat kuasa melaporkan Grace Guajardo membuat panggilan itu untuk menghalang Rodrigo Gomez bekerja di negara lain.

Gomez dipercayai berada dalam pesawat :Iberia 6839: untuk ke Madrid, Sepanyol, ketika kejadian berlaku.

Guajardo mengaku dia menelefon lapangan terbang daripada telefon bimbitnya menuntut supaya pihak berkenaan memberitahu Gomez, bahawa ayahnya tenat.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal dan Guajardo memutuskan untuk menelefon semula, mendakwa terdapat sebiji bom di dalam pesawat itu.

"Saya minta maaf, tetapi saya buat semua ini demi cinta," kata Guajardo.

Jika disabit bersalah, Guajardo boleh dihukum penjara selama 61 hari.

1 comments:

Fairus Bin Mamat said...

MACAM2 HAL LAH.. :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update