Monday, February 21, 2011

Home » » Jenayah seksual libatkan pelajar Kelantan membimbangkan

Jenayah seksual libatkan pelajar Kelantan membimbangkan

KOTA BHARU - Polis Kelantan mendapati kes rogol yang melibatkan pasangan berumur 18 hingga 28 tahun termasuk pelajar sekolah di negeri itu membimbangkan, kata Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Mazlan Lazim.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan lagi ialah mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual itu terdiri daripada kanak-kanak berumur serendah 12 tahun.

Berdasarkan perangkaan, sebanyak 41 kes rogol termasuk 38 kes melibatkan remaja bawah umur 17 tahun berlaku di seluruh negeri dari bulan lepas hingga semalam.

Jumlah ini meningkat 7.89 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (38 kes) dan ia agak membimbangkan kita, katanya ketika merasmikan Majlis Pelantikan Badan Wakil Pelajar dan Lembaga Disiplin Pelajar Sesi 2011 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumboh, di sini, hari ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update