Resah betul hati aku akhir-akhir ini. nak makan dah tak berselera lagi... tidur malam semakin tidak lena. fikiran kacau tak menentu. hujung- hujung bulan sebegini, kurasakan satu persaan kelam yang sarat kerisauan samakin membelenggu gelora di jiwa muda ku. anak keduaku semakin membesar. 4 tahun berlalu dengan begitu cepat sekali... bagaimana harus kuluahkan kemelut rasa yang selalu menghambat diriku dalam setahun dua ini.
Masih ku ingat 4 tahun dulu...
perasaan gembira tidak mampu kuselindungkan lagi tatkala aku dikatakan positif mengandung untuk anak kedua. 6 bulan pertama kandunganku ok ok je.. tak de sebarang masalah kecuali alahan yang teruk sehinggakan aku dimasukkan ke wad. berbotol-botol air dimasukkan ke tubuhku.namun alhamdulillah kandungan tidak ada sebarang masalah. masuk bulan ketujuh, aku dikejutkan dengan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan rahimku dijangkiti sejenis kuman. Septrococus B!!! seingat aku la... dalam keadaan yang sarat doktor masih lagi cuba memberi bantuan untuk aku. bermacam yang telah dilakukan namun kuman masih di situ... masuk bulan ke lapan kerisauan semakin bertambah. hadoiiii... aku jadi panik bila doktor mahu rujuk aku untuk bersalin kat hospital besar.. aku diberi pilihan samaada bersalin di hospital ataupun melakukan pembedahan di klinik tempat aku bersalin anak pertama sebelum ini. Doktor menjelaskan kuman tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah pada aku sebaliknya membahayakan baby yang melaluinya semasa proses kelahiran berlaku. aku menelan air liur yang kering di saat mendengar penjelasan doktor.
Akhirnya aku dan suami bersetuju melakukan pembedahan memandangkan mentalku tidak bersedia untuk berkunjung ke hospital. Seperti waktu yang dijanjikan aku akhirnya selamat melahirkan seorang baby girl yang comel..namun deritaku tidak habis disitu. aku masih lagi perlu berulang ke klinik untuk menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan jangkitan tidak ada lagi sebelum aku dibenarkan mengandung lagi.
3tahun berlalu akhirnya segalanya menjadi begitu mudah untuk aku...setelah pengesahan ku perolehi, aku akhirnya bersedia untuk menimang cahaya mata lagi... selepas itu... sekali lagi kesedihan menimpaku apabila sebanyak 3 kali aku mengalami keguguran.. kecewa tak tahu nak bagitau kat sape2... terfikir gak, kenapelah susah sangat kali ni..sampai 3 kali keguguran. selepas keguguran kali ketiga, susah benar kali ni nak lekat!! sedih hati bila anak duk sebut2 nak baby... yang paling menyentuh jiwa nuraniku bila setiap kali melihat aksi suamiku bermain-main dengan anak2 orang lain... tuhan je tahu perasaan itu... ramai kawan2 yang selalu menyejukkan hati ku dengan mengatakan aku masih muda... banyak kali lagi aku boleh mengandung.. tapi hati aku tetap tak aman.....
Ya allah aku mohon padamu...jangan lah bulan ini aku datang bulan lagi......
Monday, February 21, 2011
Naluri seorang ibu..
2011-02-21T19:47:00+08:00
alissa
Cerita|