Thursday, February 10, 2011

Home » » Perompak sopan ditangkap

Perompak sopan ditangkap

SEATTLE: Pihak berkuasa menangkap seorang perompak yang dianggap oleh mangsanya sebagai sungguh sopan.

Dalam rompakan itu, perompak terbabit turut mengacu pistol pada pemilik kedai di selatan Seattle, John Henry.


Henry menawarkan AS$40 (RM120) kepada perompak itu tetapi dia mengambil semua wang yang ada, kira-kira AS$300 (RM900) sambil berkata, dia terpaksa membayar bil dan membeli makanan untuk anaknya. Ketika meninggalkan kedai itu, perompak berkenaan berjanji akan membayar semula wang itu jika berjaya memperoleh pekerjaan. Jurucakap Pejabat Syerif King County, Sarjan John Urquhart berkata, pegawainya tidak mengambil masa lama untuk mengenal pasti perompak itu selepas menerima maklumat orang ramai sebaik rakaman video rompakan itu disiarkan menerusi Internet. - AFP

1 comments:

Hafizuddin Jasmi said...

hahaha..
sopan perompak ni,terdesak sgt kot..
agak2 ape la hukuman dia :-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update