Tuesday, February 22, 2011

Home » » Tip Jika Terlupa Kata Laluan

Tip Jika Terlupa Kata Laluan

TERLUPA kata laluan merupakan perkara biasa terjadi kepada setiap orang. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk masuk kembali ke dalam komputer anda.

Sebelum itu, cubalah dahulu meneka dengan beberapa perkataan yang mungkin menjadi kata laluan anda seperti nombor plat kereta, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Sekiranya masih belum berjaya, cubalah di antara cara yang diberikan seterusnya:-

1. Menggunakan Windows XP Password Reset Disk sekiranya anda ada membuatnya sebelum itu. Ini merupakan satu langkah yang proaktif.

2. Sekiranya ada akaun pengguna lain untuk Windows XP tersebut, gunakan akaun tersebut untuk masuk dan menukar kata laluan bagi akaun anda. Namun begitu, ia hanya boleh digunakan untuk akaun pengguna yang berstatus administrator sahaja.

3. Menggunakan program-program komputer tertentu yang membolehkan kata laluan asal dipadam, dikembalikan atau direset atau Windows Password Recovery Tools dengan memecah masuk dalam komputer tersebut.

Kadang-kala ia agak sukar untuk digunakan tetapi ikut sahaja seperti yang ditunjukkan dalam manual pengguna. Di sini saya sertakan beberapa program tersebut yang boleh anda cuba seperti PC Login Now, LCP, Ophcrack dan Offline NT Password & Registry Editor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update