Tuesday, March 8, 2011

Home » » Apa yang menyebabkan Migrain

Apa yang menyebabkan Migrain

Bagi pesakit migrain, sakit kepala yang mereka alami ini diibaratkan sebagai ujian Allah yang ada kalanya amat mengecewakan. Ini kerana pesakit terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan, malangnya ada sesetengah keadaan ubat penahan sakit juga sudah ‘lali’ atau sebati dalam diri mereka sehinggakan kesakitan tidak dapat dikurangkan.

Migrain adalah masalah berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku kepada wanita misalnya, sebelum dan selepas datang haid biasanya wanita mengalami migrain yang teruk dan akan hilang selepas haid.

Ada pula wanita yang mempunyai migrain, tidak mengalaminya ketika mereka mengandung sembilan bulan dan kesakitan datang semula selepas mereka datang haid.

Tekanan di tempat kerja, bunyi bising atau lampu yang silau juga boleh menyebabkan migrain.

Selain itu, kurang tidur atau faktor pemakanan seperti seperti makan makanan tersimpan lama, makanan ditapai atau minuman mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, coklat dan keju turut menjadi penyebab kepada migrain.

Migrain juga adalah penyakit keturunan kerana berkait rapat dengan sistem saraf.

Cara Merawat

Selain ubat-ubatan, pesakit Migrain perlu mengurangkan tekanan dengan banyak berehat, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan migrain seperti minuman berkafein, coklat serta keju dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Apa yang penting, pesakit migrain tidak boleh murung kerana ini akan menyebabkan kesakitan mereka berulang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update