Jawapannya amat mudah, kerana koleksi yang paling berharga pada mereka ialah gitar yang pernah digunakan ketika mengadakan persembahan.
Walaupun gitar yang mereka gunakan itu sekadar gitar biasa, tetapi kini ramai pengumpul sanggup membayar harga yang cukup tinggi untuk gitar-gitar tersebut.
Jimi Hendrix Stratocaster
SATU lagi gitar yang menjadi lagenda ialah model Stratocaster milik pemain gitar lagenda James Marshall atau lebih dikenali sebagai Jimi Hendrix. Gitar itu dibelinya pada tahun 1968.
Ia digunakan buat pertama kali oleh Hendrix ketika konsert Woodstock setahun kemudiannya.
Ia kemudiannya dijual kepada rumah lelongan barangan seni, Sotheby dengan harga RM653,400.
Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa penolong kepada Bill Gates, Paul Allen dari syarikat Microsoft, membeli gitar tersebut dengan harga RM6.6 juta pada tahun 1998.
Prototaip Fender Broadcaster
FENDER Broadcaster dihasilkan pada tahun 1949 oleh Clarence Leonidas atau lebih dikenali sebagai Leo Fender yang juga pengasas kepada Fender Musical Instruments Corporation.
Prototaip Broadcaster merupakan gitar paling popular pernah dibuat dan kemudiannya dinamakan semula sebagai Fender Telecaster.
Walaupun pada zaman itu, gitar dari jenama Les Paul dihasilkan lebih padat, Fender Broadcaster tetap dinobatkan sebagai gitar elektrik paling berjaya dihasilkan dalam sejarah manusia.
Oleh itu, model prototaip Fender Broadcaster berjaya dijual kepada pengumpul peribadi pada tahun 1994 dengan harga RM1.23 juta.
Gold Leaf Stratocaster
GOLD Leaf Stratocaster dikeluarkan sempena ulang tahun Fender ke-50. Ia dilaporkan telah ditempah oleh selebriti terkenal, Eric Clapton pada tahun 1996.
Model Stratocaster itu merupakan gitar keluaran siri tandatangan pertama yang pernah dikeluarkan oleh Fender.
Bagaimanapun, Stratocaster milik Eric Clapton yang digunakan ketika konsert Legends and Montserrat pada tahun 1997 amat unik kerana ia disaluti emas 23 karat.
Idea tersebut dihasilkan oleh Eric Clapton sendiri yang inginkan gitar tersebut digantung di dalam muzium seperti gitar Louvre.
Gold Leaf Stratocaster telah dilelong dan berjaya dijual dengan harga RM1.5.
Gibson SG
GIBSON SG merupakan jenama gitar yang pernah digunakan oleh The Beatles sekitar tahun 1966 hingga 1969.
Pada ketika itu, pemain gitar utama Beatles, George Harrison menggunakan Gibson SG ketika rakaman album dan promosi konsert lawatan album Revolver.
Sementara itu, John Lennon turut menggunakan Gibson SG ketika rakaman album The White.
Gitar Gibson SG yang dimiliki oleh George dan John itu kemudiannya diberikan kepada George Peter Ham dari kumpulan rock, Badfinger.
Pada tahun 2004, gitar tersebut telah dijual kepada seorang pembida tanpa nama dengan harga lelong RM1,881,000.
Fender Composite Stratocaster SRV
FENDER Composite Stratocaster milik pemain guitar blues tersohor, Stevie Ray Vaughan juga disenarai dalam 10 gitar termahal di dunia.
Pada asalnya, Fender Composite Stratocaster yang dihasilkan pada tahun 1965 itu dihadiahkan oleh isterinya, Lenny pada tahun 1980 sebagai hadiah hari kelahiran yang ke-26 dan dinamakan sempena nama Stevie Ray.
Gitar tersebut merupakan gitar kegemaran Stevie Ray yang digunakannya sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1990.
Pelekat stickers SRV yang terdapat pada badan gitar itu merupakan identiti utama Stevie Ray.
Ia diambil daripada adiknya Jimmie yang menggunakan pelekat pada gitar ketika mengadakan persembahan.
Pada tahun 2004, Fender Composite Stratocaster milik Stevie Ray itu dilelong dengan harga RM2.06 juta.
Wang hasil lelongan itu telah didermakan kepada Persatuan Bulan Sabit Antigua.
Blackie
PADA tahun 1970, selepas kematian Jimi Hendrix, Eric Clapton telah memutuskan untuk menukar penggunaan gitar dari jenama Gibson ke Stratocaster.
Eric Clapton telah membeli enam vintage Strats dari sebuah kedai gitar di Texas dengan harga hanya ratusan dolar setiap satu.
Tiga daripada koleksi itu diberikan kepada George Harrison, Pete Townshend and Steve Winwood manakala baki tiga lagi gitar Stratocaster itu dileraikan.
Eric Clapton hanya mengambil bahagian terbaik dan telah mencipta sebuah gitar yang dinamakan sebagai Blackie.
Blackie hanya menggunakan warna hitam dan perang. Gitar itu digunakan buat pertama kali pada Januari 1973 sehingga beliau bersara pada tahun 1985.
Blackie telah dilelong pada tahun 2004 dengan harga RM3.2 juta.
Fender Stratocaster Asia
SEMPENA majlis amal mengutip derma bagi membantu mangsa tsunami, sebuah gitar jenama Fender Stratocaster telah dilelong di Qatar pada tahun 2005.
Diselaraskan oleh Bryan Adams, Fender Stratocaster itu ditandatangani oleh dirinya sendiri dan beberapa selebriti terkenal seperti Mick Jagger, Keith Richards, Eric Clapton, Brian May, Jimmy Page, David Gilmour, Jeff Beck, Pete Townsend, Mark Knopfler, Ray Davis, Liam Gallagher, Ronnie Wood, Tony Iommi, Angus & Malcolm Young, Paul McCartney, Sting, Ritchie Blackmore dan Def Leppard.
Pada mulanya, gitar tersebut telah dibeli oleh keluarga Diraja Qatar dengan harga RM3.3 juta dan kemudiannya didermakan kepada sebuah jabatan kebajikan.
Selepas itu, ia dijual sekali lagi dengan harga RM8.91 juta. Gitar bertuah itu sekali gus mendapat jolokan nama Fender Stratocaster Asia dan merangkul gelaran gitar paling mahal pernah dijual di dunia.
Washburn 22
GITAR dari jenama Washburn siri helang (Hawk Series) ke-22 milik selebriti Nesta Robert Marley atau lebih dikenali sebagai Bob Marley yang terkenal dengan lagu Don’t Worry, Be Happy telah diklasifikasikan sebagai aset nasional oleh kerajaan Jamaica.
Gitar tersebut juga dikategorikan sebagai salah satu daripada tujuh gitar ikon muzik Reggae.
Pada 21 November 1971, selepas tamat persembahan di Vancouver, Bob Marley telah menghadiahkan gitar tersebut kepada seorang juruteknik gitar bernama Gary Carlsen.
Ketika itu, Bob Marley berkata Carlsen: “Ambillah ia dan kemudian anda akan faham.” kemudiannya.”
Mengagumkan, sebagaik pemilik baru, Carlsen telah menawarkan gitar tersebut sebagai hadiah utama kepada organisasi kebajikan yang diasaskan olehnya iaitu Different Journeys, One Destination.
Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY