1) Peringkat pertama - pra-baligh yang mana tiada tisu-tisu payu dara dan dada mereka kelihatan leper.
2) Peringkat kedua - menyerupai payu dara wanita dewasa yang mana payu dara berbentuk bulat penuh dan puting.
3) Peringkat ketiga - bentuk payu dara menyerupai wanita dewasa tetapi saiznya kecil. Ada remaja mengalami proses pertumbuhan payu dara daripada peringkat ketiga yang melangkau terus ke peringkat akhir.
4) Peringkat keempat - berlaku pada akhir baligh, puting dan areola (kawasan kulit berbentuk bulat yang mengelilingi puting selalunya hitam sedikit) mula menonjol keluar dari bahagian tisu payu dara yang lain. Ada remaja dan juga wanita dewasa yang berada pada peringkat ini sehinggalah mereka berkahwin, bersalin dan menyusukan anak dengan susu badan. Selepas bersalin barulah payudara mereka membentuk seperti mana tipikalnya wanita dewasa. Jadi perkara itu adalah normal.
Namun, tidak dinafikan, ada juga remaja mendapati saiz payu dara mereka tidak sama atau posisinya satu rendah dan satu lagi tinggi. Ini adalah variasi yang normal dan tidak perlu dikhuatiri. Ia berpunca dari ketidakseimbangan pertumbuhan payudara. Sebelah mungkin tumbuh lebih cepat dari yang sebelah lagi. Perkara ini adalah biasa dan segala bentuk dan saiz payu dara adalah normal dan sihat.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi saiz payu dara antara lain adalah genetik, hormon dan berat badan. Saudari berada di bahagian ‘underweight’ jadi cubalah naikkan berat badan saudari. Saudari mungkin kurang prihatin, berat badan seseorang juga mempunyai peranan dalam menentukan saiz payu dara.
Sunday, March 6, 2011
Peringkat pertumbuhan payu dara:
2011-03-06T17:00:00+08:00
alissa
info|