Wednesday, January 26, 2011
Home »
Gosip Artis
»
Cameron Diaz hisap dadah di sekolah
Cameron Diaz akan memegang watak sebagai guru yang menghisap ganja dalam filem terbarunya kelak, Bad Teacher.
Tetapi Cameron Diaz tidak perlu melakukan banyak kajian untuk peranan itu kerana dia pernah menghisap dadah itu sebelum ini.
Ketika muncul dalam rancangan sembang, Lopez Tonight baru-baru ini, pelakon itu mendakwa dia membeli ganja ketika di sekolah menengah daripada Snoop Dogg.
Bercakap mengenai penyanyi rap berusia 39 tahun itu yang pembabitannya terhadap dadah memang diketahui, Cameron berkata: "Kami belajar di sekolah menengah yang sama. Dia lebih tua setahun daripada saya." "Dia begitu tinggi dan kurus dan banyak membuat tocang pada rambutnya dan saya pasti dialah orang yang menjual ganja kepada saya dan saya pula memang memerlukan dadah itu!" Pelakon filem 'Green Hornet' yang berusia 38 tahun itu mendedahkan kisah lampaunya ketika ditanya mengenai gaya hidupnya yang mesra alam dan sama ada dia kenal Snoop Dogg.
Snoop Dogg yang nama sebenarnya Cordozar Calvin Broadus dan Cameron membesar di Long Beach, California dan belajar di sekolah yang sama.
Bintang The Shrek itu yang muncul untuk mempromosikan fliem The Green Hornet bagaimanapun mengaku sekolah berkenaan bukan untuk mereka yang lemah semangat.
"Belajar di sekolah menengah memang mencabar," kata Cameron kepada pengacara, George Lopez.
"Setiap kali anda mendengar almari dihempaskan, anda pusing dan anda akan dapat melihat pelajar perempuan menanggalkan anting-antingnya, menarik rambutnya ke belakang dan mula mengajak anda bertumbuk.
"Pernah seorang pelajar datang kepada saya dari belakang dan menarik rambut saya. Saya terpaksa bertindak membelasahnya," kata pelakon itu.
Namun, menurut Cameron, dia lebih banyak bergaduh dengan pelajar lelaki daripada perempuan dan tidak tahu mengapa dia sering menjadi sasaran pelajar lelaki.
Dalam pada itu, dia yang baru pulang bercuti di Hawaii bersama teman lelakinya, Alex Rodriguez atau A-Rod, turut mengaku mengenai hubungan mereka selepas beberapa bulan cuba merahsiakannya.
Percutian di Hawaii itu dilakukan hanya dua minggu selepas mereka menghabiskan cuti Krismas bersama di Los Cabos dengan anak bintang besbol itu.
Cameron dikatakan amat mesra dengan dua anak A-Rod, Natasha, enam dan Ella, dua. Menurut sumber, Cameron berhasrat mempunyai anak bersama A Rod.
"Cameron sayang anak A-Rod. Dia memang mesra dengan kanak-kanak. Dia seolah-olah dilahirkan untuk menjadi ibu," kata sumber itu kepada majalah Holly Baby.
Cameron sudah sekian lama mahukan anak dan inilah hubungannya yang pertama dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai anak.
"Anak A-Rod juga sukakan Cameron. Itu yang mendorongnya untuk mempunyai anak sendiri. Tetapi A-Rod setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkahwin segera," kata sumber itu lagi.
Cameron muncul dalam filem The Green Hornet bersama Seth Rogen sementara dalam filem Bad Teacher, dia berlakon di samping bekas kekasihnya, Justin Timberlake.

2011-01-26T10:00:00+08:00
alissa
Gosip Artis|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)