Saturday, January 29, 2011

Home » » Gorila jantan berjalan seperti manusia

Gorila jantan berjalan seperti manusia





KENT, England - Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Gorila yang diberi nama Ambam menjadi sensasi di laman web YouTube.

Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya.

Rakaman itu menunjukkan Ambam yang berumur 21 tahun berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Penjaga haiwan itu sejak 16 tahun lalu, Ingrid Naisby memberitahu: "Ia (gorila itu berjalan) adalah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan gorila tetapi Ambam kerap melakukannya dan ia boleh mengimbangi badannya dengan baik." - Agensi

1 comments:

shaffique said...

pergkh. stailo habis. boleh jadi model kiki lala ni. haha. ;)


My latest entry : Gadis China - Sebelum Dan Selepas Make Up

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update