ANDAI dibelek jadual kerjanya, memang diari Nora Danish cukup padat. Namun, sesibuk manapun Nora dengan karier seninya, ibu seksi kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram (Rayqal) yang kini berusia dua tahun ini tetap mengutamakan anak tunggalnya itu. Setiap tahun, Rayqal akan dibawa makan angin ke tempat menarik di dalam mahupun luar negara.
Dulu paling tidak Nora akan pergi bersantai ke luar negara setahun sekali. Bagaimanapun, sejak adanya Raqyal, aktiviti itu lebih kerap dilakukan kerana mahu memanjakan anaknya yang comel itu. Menariknya, percutian ini biasanya turut disertai keluarga Nora atau bekas mentuanya (Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri) yang nyata masih sayangkan dirinya, apa lagi Rayqal.
“Dulu Nora kerap bercuti dengan kawan-kawan tapi sejak ada Rayqal, Nora kerap melancong dengan keluarga sendiri atau bekas mentua Nora kerana kami sama-sama dapat menjaga Rayqal. Kalau dikira, sudah empat atau lima kali Nora pergi bercuti dengan bekas mentua,” katanya.
Ketika bercerai dengan suaminya, Rizal Ashram atau Jejai, aktiviti itu pernah tergendala buat seketika. Apatah lagi usia Raqyal ketika itu sangat kecil dan tidak mengizinkan. Namun, apabila usia Rayqal mencecah dua tahun, barulah Nora kembali mengikut keluarga bekas mentuanya itu pergi bercuti dan destinasi terbaru mereka adalah Jepun pada 30 Disember hingga 18 Januari lalu.

Lebih sensasi dan diketahui umum, percutian itu turut disertai Jejai yang tiba lima hari kemudian.

“Nora tidak pernah rasa kekok untuk bersama-sama bekas keluarga mentua bahkan makin mesra kerana adanya Raqyal. Dia sudah besar dan makin nakal. Keletahnya sentiasa menghiburkan kami. Seramai sembilan ahli keluarga termasuk adik ipar ke Jepun. Keseronokan memang tak tergambar kerana inilah kali pertama Nora berkunjung ke Jepun.
“Jepun antara negara yang Nora ingin sangat pergi dan akhirnya impian Nora itu tercapai,” kata Nora kepada Rap. Apa yang menarik, Nora tidak keberatan berkongsi gambar eksklusif untuk ruangan R&R minggu ini.
Berada di Tokyo selama 10 hari, mereka sekeluarga tidak melepaskan peluang melawat ke tempat menarik seperti zoo dan muzium di sana. Tidak lupa juga mereka berkunjung ke Disneyland Tokyo dan seharusnya membeli-belah di pelbagai gedung terkemuka.
“Di zoo, Rayqal bukan main seronok tengok gorila tapi sukar pula kita hendak baca fakta yang disediakan kerana ia dalam bahasa Jepun. Di muzium kami dapat melihat khazanah Maharaja Jepun yang sangat hebat.
“Sewaktu ke Disneyland pula, Nora terserempak rakyat Malaysia dan kami sempat bergambar. Sebenarnya untuk habiskan semua permainan di Disneyland, kami perlukan masa tiga, empat hari tapi kami cuma sempat main dua hari saja. Memang kami tak puas tapi kami kena jaga kesihatan Raqyal kerana suhu semakin sejuk.
“Ketika di sana, malam lebih cepat berbanding siang. Jam 9 pagi baru cuaca cerah manakala pada jam 4 petang sudah gelap. Ketika mula sampai, Rayqal demam dua hari, selepas itu barulah kesihatannya makin baik. Nora rasa Jepun destinasi pilihan yang terbaik. Walaupun kosnya agak tinggi, kita akan rasa berbaloi. Ketika di sana, Nora juga tertarik dengan seni bina bangunan mereka yang moden dan canggih tapi masih mengekalkan budaya lama,” ujarnya.
Selama 10 hari berada di Tokyo, Nora sekeluarga terbang pula ke Niseko untuk bermain salji.
Selepas penerbangan pesawat selama sejam, mereka mengambil bas pula selama dua jam lagi ke Hokkaido menuju pergunungan salji.
“Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik terutama melihat pokok yang dipenuhi salji. Adik ipar saya memang biasa main salji.
“Jadi, kami sudah buat persediaan awal dengan membeli baju sejuk dan aksesori bermain ski yang sesuai. Pada hari pertama lagi, Nora dah masuk kelas ski. Memang agak susah kerana ski memerlukan kekuatan kaki dan teknik kawalan badan.
“Selepas beberapa kali belajar, Nora akhirnya pandai sikit bermain ski. Nora terlintas juga nak bawa Rayqal masuk kelas ski malangnya tak boleh kerana hanya kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas saja dibenarkan.
“Hai, seronoknya tak dapat digambarkan tapi kalau terjatuh, sakit juga badan kita.
“Ada juga sesekali angin bertiup sangat kencang tapi mujurlah pakaian tebal kami jadi penyelamat.
“Adik ipar Nora memang tahu Nora kaki gayat, jadi mereka sengaja kenakan Nora dengan mengajak Nora naik kereta kabel ke puncak tertinggi untuk meluncur dari sana.
“Sebagai ‘beginner’ sudah tentulah Nora kecut perut!
“Tapi dengan semangat kental dan ‘redah ajer’, Nora berjaya juga meluncur turun ke bawah.
“Rasanya 10 hari berada di sana, macam tak cukup!” cerita Nora.
Biarpun seronok di Jepun, sesekali Nora tetap teringatkan Malaysia.
Namun, perasaan itu hilang apabila memikirkan di sana dia dikelilingi anggota keluarga.
Dia merancang kalau ada rezeki, dia akan membawa keluarga kandungnya pula untuk melawat Jepun.
Menariknya, sewaktu di Jepun, Nora melihat karakter seorang ayah yang sangat hebat dalam diri Jejai.
Katanya, selama bercerai, dia tidak pernah nampak sifat penyayang Jejai sehebat itu kepada Raqyal.
“Dulu saya tak nampak kerana Rayqal selalu dibawa keluar sendirian oleh Jejai.
“Sepanjang 15 hari, saya nampak dengan mata sendiri Jejai sangat kasih melayan Rayqal,” ujarnya.
Pulang ke Kuala Lumpur, Nora berehat sepuas hati dan hanya akan kembali berlakon pada Mac nanti.
Ada beberapa tawaran yang sedang Nora pertimbangkan termasuk berlakon drama siri untuk stesen TV Singapura.
Ketika ini Nora berada di Kota Singa bersama tiga pemenang peraduan Gadis Dunia Herbs sehingga Ahad ini (esok).
Apapun cabaran hidup mendatang, memang bertuah menjadi Nora Danish!
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
Saturday, January 29, 2011
Home »
Gosip Artis
»
Jepun pengikat sayang Nora Danish Dan Rayqal

2011-01-29T11:25:00+08:00
alissa
Gosip Artis|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)