GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki yang menghidap penyakit jantung berlubang merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan segera di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC).
Muhammad Haziq Saifullah Mohamad Sofi, 27 hari, memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM28,000 untuk menjalani pembedahan segera bagi membetulkan saluran jantungnya.
Bapanya, Mohamad Sofi Saudin, 32, juruteknik kilang dari Prai hanya berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan, manakala isterinya, Siti Aminah Zainon, 27, operator di kilang sama memperoleh pendapatan kira-kira RM500 sebulan.
Mohamad Sofi berkata, keadaan anaknya kritikal dan pembedahan perlu dilakukan segera.
Menurutnya, Muhammad Haziq Saifullah adalah bayi pramatang dan ketika dilahirkan beratnya hanya 1.3 kilogram.
Katanya, dengan pendapatan kecil, keluarganya tidak mampu untuk menampung kos pembedahan dan sebagai bapa dia menaruh harapan tinggi untuk melihat anaknya sihat seperti orang lain.
“Selain Muhammad Haziq Saifullah, dia juga mempunyai adik kembar, Muhammad Haziq Saifuddin dan abang yang sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di GMC.
Orang ramai yang ingin menderma boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak berkenaan di belakang cek.
Wednesday, February 9, 2011
Bayi 27 hari perlu bantuan RM28,000
2011-02-09T20:00:00+08:00
alissa
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)