Penyanyi lagu ‘Panas’, Ifa Raziah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menulis status di laman sosial Twitter dengan bahasa kesat. Status yang ditujukan kepada seorang artis itu turut disiarkan dalam beberapa blog hiburan dan mendapat respons negatif pembaca.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Ifa tidak melenting sebaliknya mempunyai alasan sendiri untuk mempertahankan tindakannya itu.
“Laman sosial adalah hak peribadi individu dan sesiapa sahaja boleh menulis apa yang dikehendakinya. Sekiranya ada manusia yang tidak sukakan saya, mereka tidak perlu masuk ke laman Twitter saya.
“Lagipun, saya tidak akan menggunakan bahasa kasar tanpa sebab. Kata-kata kasar di Twitter itu hanya ditujukan kepada orang berkenaan saja yang telah menggugat kesabaran saya,” katanya.
Apabila ditanya tidakkah dia risau imejnya sebagai selebriti akan tercalar sekiranya masyarakat membaca dan memberi penilaian buruk terhadapnya, ini jawapan Ifa:
“Peminat setia lebih mengetahui diri saya yang sebenar, malah mereka mempertahankan saya dan membalas komen individu yang menghentam.
“Sekurang-kurangnya saya tidak plastik dan hipokrit terhadap peminat. Saya juga tidak pernah memaksa orang lain untuk minat saya."
Ifa juga menyarankan agar pembaca tidak menilai dirinya hanya bersandarkan beberapa statusnya di Twitter saja.
“Kebanyakan yang menghentam saya hanya membaca status saya itu tetapi tidak membaca komen-komen seterusnya.
“Saya terima setiap komen dengan fikiran terbuka dan individu yang bukan peminat saya juga akhirnya faham kenapa saya gunakan bahasa kasar itu,” katanya.
Wednesday, February 9, 2011
Home »
Gosip Artis
»
Ifa Raziah - Lempar kata-kata kesat menerusi Twitter
Ifa Raziah - Lempar kata-kata kesat menerusi Twitter
Ifa Raziah - Lempar kata-kata kesat menerusi Twitter
2011-02-09T17:00:00+08:00
alissa
Gosip Artis|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)